Interflour Malaysia

Resipi

Palmier

Bahan :

TEPUNG GANDUM BLUE HORSE - 300 g
Gula Kastor – 40 g
Garam – 4 g
Unsalted Butter (Sejuk) – 60 g
Air – 130 g

Butter Sheet – 200 g
(Unsalted Butter)

Cara-Cara :

  1. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung, gula, garam, dan mentega sejuk, gaul hingga lumat.
  2. Masukkan air dan uli sehingga menjadi doh yang kasar, tutup dengan cling wrap, dan masukkan ke dalam pendingin sejuk chiller selama 30 minit.
  3. Canai doh menjadi segi empat tepat, letakkan butter sheet, dan tutup rapat dengan doh, canai doh menjadi segi empat tepat dan buat lipatan buku, tutup dan masukkan semula ke dalam pendingin sejuk chiller selama 20 minit.
  4. Canai sekali lagi doh kemudian buat lipatan buku lagi, tutup dan rehatkan semula dalam pendingin pendingin sejuk chiller selama 20 minit lagi.
  5. Canai doh menjadi segi empat tepat, taburkan gula pada permukaan doh, canai perlahan-lahan menggunakan pengelek doh.
  6. Gulung padat ke satu tepi ke tengah pastri. Gulungkan tepi bertentangan dengan ketat sehingga bertemu ke dalam di tengah. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
  7. Panaskan oven hingga 200°c sementara doh direhat. Letakkan loyang dengan kertas parchment atau alas silikon.
  8. Potong doh yang dibeku setebal 1cm. Letakkan di atas loyang dengan jarak 2 inci.
  9. Bakar selama 8 hingga 10 minit atau sehingga gula menjadi perang dan menggelegak di bahagian bawah. Balikkan biskut dan bakar sehingga perang keemasan. Pindahkan ke rak dawai dan sejukkan sepenuhnya.

We use cookies
Cookie preferences
Below you may find information about the purposes for which we and our partners use cookies and process data. You can exercise your preferences for processing, and/or see details on our partners' websites.
Analytical cookies Disable all
Functional cookies
Other cookies
We use cookies to personalize content and ads, to provide social media features and to analyze our traffic. Learn more about our cookie policy.
Change preferences Accept all
Cookies